Sunday, 29 November 2015

APABILA KEYAKINAN HILANG

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM W.B.T


Nampak senyap je cik seorang ni..Hurmm,,,Bila keyakinan hilang?????
Keyakinan yang bagaimanakah itu???
Dalam seminggu ni banyak persoalan timbul,,
mampukah aku?
betul ke jalan yang aku pilih??
Belajar tak faham??
Apa yang aku nak buat ni??
dan terakhir sekali..
Kenapa dengan aku ni??

Haaaa,,,Bermelodrama pulak..hehe..Ok,,,nak cerita pasal seorang sahabat saya yang hilang keyakinanya diri bila semua yang dilakukan ada sahaja yang tidak kena.Selain itu, pembelajaran yang kurang faham,terutama mikroekonomi..Bukan nak salahkan sesiapa,tapi memang memerlukan inisiatif sendiri untuk fahamkan dengan lebih mendalam..
Jadi,atas nasihat kawan2 yang lain,,Tawakal pada ALLAH,minta tolong pada ALLAH,Jangan terlalu terbawakkan sangat perasaan tu sebab itu semua usaha syaitan untuk menjatuhkan kita..Yang penting kena kuat untuk menempuh segala ujian di masa hadapan..

"SEMALAM ADALAH SEJARAH,HARI INI ADALAH MASA DEPAN"

Sunday, 22 November 2015

PENGALAMAN ITU ADALAH PENGAJARAN

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM W.B.T



Harini nak cerita pasal pengajaran paling berharga didunia ini,,iaitu PENGALAMAN...

Semalam,,saya baru balik daripada menduduki peperiksaan pertengahan semester bagi subjek mikroekonomi.Disebabkan hanya ada bas zon 6(tak lalu kolej sebab dah pusing satu ukm,terus ke ktm)Jadi,,saya pun berhenti stesen bas yang terdekat dengan kolej saya..agak jauh jugala jalan kaki daripada fakulti pendidikan ke kolej ungku omar..

Sedang saya berjalan nak ke kolej tu,,kawasan tu agak sunyi tapi,ramai je orang lalu,,sebab hari sabtu kan..saya pun berjalan dan berjalan sampai satu kawasan ni,,saya tergerak hati untuk memandang ke belakang,,dannnnn,,,,,,SUBHANALLAH,, saya dapat lihat pemandangan yang sangat indahh sekali,,dapatla juga merawat kerisauan setelah menjawab peperiksaan..

Jadi,apa yang saya nak simpulkan ialah,,sedang kita kehadapan dengan banyak dugaan yang menanti,,,dan yang dibelakang itu,adalah kenangan untuk dijadikan penyuntik semangat untuk menempuh segala liku-liku kehidupan yang akan datang..dan saya sangat pasti,,walau pahit atau manis kenangan tu pasti membuat kita ketawa=D..

"PENGALAMAN ADALAH GURU YANG PALING TERBAIK"
"HUBUNGAN DENGAN ALAM SEKITAR"

Saturday, 21 November 2015

PEPERIKSAAN DAN AKHLAK??

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM W.B.T


Selamat menempuhi peperiksaan semua..hehe..
Tengahari tadi baru je habis peperiksaan pertengahan semester bagi subjek  Mikroekonomi. Saya dan mikroekonomi adalah musuh paling ketat dannn...tautau jela apa jawapanya..Tapi,,kita semua dah usaha perlulah juga untuk kita bertawakal sebab semua perkara itu atas kehendak ilahi..

Haaa,,,lagi satu,,kita sebagai pelajar universiti,semua pandai2 belaka ye tak??
Takkk,,semua orang pandai tak kira la yang masuk universiti atau tidak..hurmm..

Jadi,,dalam minggu peperiksaan ni buat saya berfikir,,kita ni orang kata pandaila kan kalau ikut pandangan umu,,tapi,,satu benda sahaja yang kurang,,iaitu akhlak.
Akak usrah saya berkongsi,bahawa,,di dalam ayat Al-Quran,,Allah berfirman:"Tidaklah Allah mengubah sesuatu kaum itu melainkan kaum itu mengubah diri mereka sendiri"..
MARILAH KITA AMBIL IKTIBAR...
(Peringatan buat diri saya juga)

#USRAH
#UKM

"AKHLAK ITU UMPAMA PERMATA DIDALAM KOTAK KACA,SANGAT BERNILAI BUKAN??

Saturday, 14 November 2015

BERAKHIRNYA CUTI PERTENGAHAN MID-SEM

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM W.B.T


Cuti dah abiiisssss....tinggal nak balik UKM je sekarang ni.Jadi,kesimpulan dalam cuti ni adalah..

Sepanjang minggu saya duduk rumah dan inilah cuti yang boleh dikatakan sebagai 'unproductive holiday' .Sedihnya la..yang paling penting sekali den belum sedia untuk kuiz math,peperiksaan pertengahan sem math dan mikroekonomi.. alahaiiii..sis redha..

walaupun duduk rumah je,saya buat refleksi diri apa yang telah berlaku sejak saya duduk di UKM ni..antaranya,Kenapa saya sambung belajar?Saya belajar untuk siapa?Layak ke orang macam saya ni sambung belajar?Kenapa saya sangat 'slow' dalam memulakan sebuah persahabatan?Kenapa saya itu dan ini??itulah memang banyak masa nak ber'refleksi' tapi,,semuanya negatif..

Jadi,,sahabat2 diluar sana jangan jadi macam saya.. Awak2 semua kena positif setiap hari untuk menjadikan hari2 awak lebih positif dan bahagia serta hati anda akan lebih tenang,itulah dia kesan positif yup..=D

"JOM POSITIF"
"INSYAALLAH ALLAH BANTU"

Tuesday, 10 November 2015

CUTI DAN MASA

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM W.B.T


Baru cuti 5 hari,,stress cuti sebab banyak kerja nak disiapkan dan tak keluar rumah gamaknya cuti ni sebab ibuayah kerja..Tak kemanalah jawabnya =,=

Banyak kerja memang tak kisah,,tapi,,sebab nak menguruskan masa siapkan kerja tu memang kisah..hurmmm..Memang betul sangatla orang kata waktu belajar ni memang kena pandai urus masa..Ada idea tak???

Tengah2 stress ni tiba2 teringat baca satu majalah DBP tak silap..Cara pengurusan masa,,
Ok,,apa yang saya ingat,,kelaskan kerja2 yang paling mustahak sekali berada diatas dan seterusnya ikut aliran..selapas itu,mulakanla kerja kita yang paling2 mustahak itu dahulu..

Kalau semua mustahak dan penting pula camne??
Yang itu,,pandai2lah..haha..Cubalah siapkan kerja tu dengan sabar,,InsyaAllah Allah bantu..=D

"USAHA TANGGA KEJAYAAN"
"BERTANGGUH KERJA??CUBA KALAU BERTANGGUH MAKAN(KALAU BERANI)"

KAWAN

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM W.B.T


Harini saya nak cerita pasal kawan...
Kawan yang bagaimanakah anda?? ATAU
Bagaimanakah kawan yang anda inginkan??

Jawapanya,,semuanya bermula daripada diri kita sendiri..Ubahlah diri sendiri kepada yang lebih baik..Cari kelemahan dan kekurangan diri sebab manusia tak sempurna..

Daripada pengalaman saya,kawan ni kadang2 tak fikir pasal orang,,cakap main lepas macam dunia ni dia punya je..kan??Di tak tau ke ada kawan2 dia yang hati dia ni mengalahkan kaca,,ad yang lagi rapuh daripada kaca tau..ish3...
Jadi,kawan2,,jagalah hati kawan anda sebagaimana mereka menjaga hati anda.. 

Seterusnya,,Dari pengalaman saya juga,,kawan saya ni seorang yang baik..dia anggap "friendship" ni macam hidup dia walaupun ahli keluarga dia sangat ramai,tapi,dia sangat sayangkan kawan2 dia,,Dan saya sangat tabikk nan dialah sebab walaupun kawan2 tak layan dia,,dia sabar..Tahniah kawan,kau kawan "favourite" aku..haha..

Jadi,,diatas sana adalah positif dan negatif sikap seorang kawan ni..
(teguran buat diri ini juga)

"TERIMA KASIH TERIMA AKU SEBAGAI KAWAN,SAHABAT"
#UKM
#KMM
#SAMTISH
#SAMJERAM
#SKMERU
#SRAMERU II
#SRAMERU I
#PASTI AR-RAUDHAH

Friday, 6 November 2015

KARNIVAL KONVO UKM

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM W.B.T


Minggu lepas telah berlangsungnya karnival konvokesyen di UKM..nak kata best,,memang bestla,,cume tak dapat pergi kesuma aktiviti yang telah dijalankan..rugi pula rasanya,,sibuk dengan kerja2 lain..

Jadi,bila tengok orang berkonvo ni tetiba terdetik dalam hati,,teringiiiinnn sangat nak tengok ibuayah yang pakai baju konvo tu..haha,,boleh pula macam tu..tapi,,yang naik pentas,mestilah kita kan..hehe..sebab saja nak bagi ibuayah merasa pakai baju konvo..walaupun ayah ada ramai abang dan kakak lepasan universiti,mungkin ayah pernah cuba pakai,,tapi,apa rasanya pula bila pakai baju konvo anak dia...(berangan je lebih)

ok,,yang penting,,klu nak semua tu terjadi,,
kena pandai bahagi masa,dan fokus dalam kuliah=D

"HIDUP,PERLU ADA MATLAMAT"
"APA GUNANYA HIDUP JIKA TIADA TUJUAN"

Sunday, 1 November 2015

APA TERJADI HARINI???

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM W.B.T


Jadi,,apa yer yang terjadi harini...
Yang pertama,,harini saya makan nestum untuk sarapan..sangat thorbaik,, Alhamdulillah kenyang..itu rezeki saya pada awal bulan november ini di waktu pagi yang sangat cerah.

Kemudian yang kedua,,Harini pada jam 1.35 ptg,telah berlangsungnya peperiksaan pertengahan semester bagi subjek prinsip perakauna..Hurmmm...camne??ok??tula yg orang tanye selalunya kan..haha..Jawapan saya hanya.."cemtulahh..kita dah doa,usaha dan tawakal,hanya Allah saja yang tahu"

Dan yang terakhir sekali,,harini juga ada berlangsungnya karnival konvokesyen di UKM.. Tetapi,,disebabkan hujan,tidak dapatla kami 'berenjoy' di karnival tersebut,,InsyaAllah selasa ni nak pergi...Dan disebabkan hujan juga kami menjelajah bangunan UKM dengan hampir tersesat kat dalam bangunan tu...Alahaaiii,,,genap dua bula masih tak kenal tempat belajar sendiri..hahaha...


"D.U.I.T:DOA,USAHA,IKHTIAR,TAWAKAL"
"DALAM HIDUP KENA ADA KAWAN BAGI TUJUAN MEMBIMBING KITA MENGINGATI ALLAH"