Tuesday, 27 October 2015

PENGALAMAN BERSAMA KELUARGA

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM W.B.T




Malam ni,tetiba teringat keluarga kat rumah.Terfikir jugak,apa yang aku buat hari ni yang boleh buatkan ibuayah tersenyum..main youtube ke??study ke??main fb ke??baca buku ilmiah ke?? Haaaa,,,, fikir2kan ye wahai pemilik blog ni.=D

Disaat teringat kat keluarga ni.Teringat dulu masa kecik2 ibuayah selalu bawa pergi jalan2 tpi,dengan rombongan la melalui syarikat ibuayah berkerja.Tapi,bila dah besar ni selalunya jalan2 sendiri la gamaknya.haha...Antara tempat2 yang saya sudah lawati masa kecil2 dulu Pulau Langkawi, Lumut ,Desaru, Cherating, Kelantan, Pulau Pangkor,A FAMOSA,Cameron Highland,Genting Highland,  dan Bukit Tinggi.Alhamdulillah saya dapat sampai ke tempat2 demikian sepanjang kehidupan saya. 

Jadi,minat saya untuk jadi seorang pengembara adalah hasil daripada percutian ini.Banyak yang saya belajar daripada percutian terutama kesabaran tahap yang paling tinggi dan dari segi persediaan kewangan.Apa2 pun untuk menjadi seorang 'backpacker' kena perlukan persediaan dari segi mental dan fizikal.

Saya juga ingin menasihatkan kepada anda semua walaupun saya bukan pakar,
Kemana jua kita berada perlu letak kebergantungan yang tinggi terhadap Allah s.w.t..

"TANPA ALLAH SIAPALAH KITA"
"PENGALAMAN MEMATANGKAN KITA"
"SALAM ISYA' "

Saturday, 24 October 2015

SELAMAT HARI LAHIR MAK DAN IBU

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM W.B.T



Semalam bersamaan 24 oktober 2015 iaitu hari lahir mak saya,Ibu saya pula 21 oktober 2015..haaaaaa,,,terkejut tak???Ya,,saya ada ibu kandung dan mak angkat,bukan mak tiri ya..hehe...Ibu kandung saya alhamdulillah sekarang berumur 47 tahun dan mak saya pula sudah berumur 63 tahun.ha,,,itulah mak saya dah tua,tetapi masih bertenaga sebab dia masih menjaga budak pada usia itu.

Kisahnya bermula apabila ibubapa saya mencari orang untuk menjaga saya masa saya kecil sebab ibuayah saya bekerja.Jadi,atas pertolongan sepupu ayah saya,jumpalah saya dengan mak dan abah saya.Mak dan abah saya ad 4 orang anak iaitu 2 lelaki dan 2 perempuan.Sedihnya,abah saya meninggal pada usia saya lebih kurang 2 tahun.Saya serasi dengan keluarga ini apabila pertama kali abah saya mendukung saya.Terima kasih kat abah dan mak sebab selalu bawak jalan2 dan sayangkan saya

Mak pula sudah hampir menjaga saya selama 13 tahun sejak saya lahir,dan juga menjaga adik2 saya yang tiga orang ni juga sejak lahir.Jadi,saya yang paling lama meluangkan masa bersama mak,abang,angah,amy n adik.semasa saya berumur 14 tahun kami berpindah ke shah alam dan sejak itu,apabila cuti sahaja berjumpa Mak.


Terima Kasih Mak dah jaga along n adik2 sampai jadi sihat2 badan kami..haha..
itula yang orang cakap.."Sihat2 anak2 ko ni mah"..
Tak lupa jugak kat Ibu,Terima kasih ibu untuk segalanya=)


"HARGAI MEREKA SELAGI MEREKA ADA"

Friday, 23 October 2015

MINGGU YANG MEMENATKAN:'(

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM W.B.T


Semalam,dengan selamatnya saya sampai ke rumah buat kali kedua minggu ini atas sebab untuk menguruskan borang perjanjian selangor.Kepulangan saya merangkumi membuka akaun bank muamalat.Setelah itu saya balik semula ke ukm pada hari itu juga iaitu hari rabu untuk meminta tandatangan saksi dan hari khamis pula saya ada kelas.Jadi,saya perlu juga balik.Dan akhir sekali saya blik pula semalam untuk menguruskan borang itu lagi sedikit dan seterusnya ayah saya akan hantar ke pejabat SUK.

huhu...memang sangat memenatkan sebab nak balik ke shah alam kena tukar stesen di kl sentral dan dari UKM pula memakan masa hampir 2 jam..Penat memang penat,tapi, dapatlah juga saya meluangkan masa bersama keluarga saya.

Jadi,apabila selesai semua ini,dapatlah saya fokus untuk peperiksaan pertengahan semester,InnsyaAllah.Doakan saya dan sahabat2 saya ye=).
Hidup ini umpama makan gula2 'sweetsour'.

"SESUNGGUHNYA DOA ANDA KEPADA SAHABAT2 TANPA MEREKA KETAHUI INNSYAALLAH MAKBUL"
"USAHA TANGGA KEJAYAAN"


Saturday, 17 October 2015

KERUMAH LA KITA=D

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM W.B.T



KTM
Semalam,buat pertama kalinya saya berjaya balik ke rumah seorang diri dari UKM ke shah alam dengan menaiki KTM dan bus.Dengan semagatnya saya telah keluar dari bilik seawal 7.30 pagi untuk mengelakkan kesesakan orang ramai.Tujuan saya balik adalah untuk menguruskan borang perjanjian pinjaman selangor.Alhamdulillah saya dapat pinjaman tersebut dan dengan itu,saya lega sebab dapat meringankan sedikit beban ibuayah saya.

BAS SELANGORKU
Disaat saya keseorangan semalam sepanjang hampir 3 jam saya pun suka melihat gelagat masyarakat diluar sana.Ada yang suka membaca si salam KTM.Ada juga seorang penumpang yang ramah bertanya dan menegur saya.Betullah yang dikatakan manusia ini banyak asam garamnya.

Semalam juga saya sempat menyinggah ke kompleks PKNS dimana PTS ada membuat promosi,dapat jugalah saya membelikan komik sains buat adik saya yang sorang nih...
Dan alhamdulillah saya selamat sampai dirumah dengan selamat dengan perut yang kelaparan pada jam 11 pagi..

Walaupun saya seorang semalam sepanjang perjalanan perlulah juga berhati2 dimana pun kita berada..;)


"MULAKAN DENGAN LANGKAH PERTAMA"
"DOA DAN TAWAKAL SEMATKAN DALAM HATI"

SALAM MAAL HIJRAH;)

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM W.B.T


Salam awal muharram dan salam maal hijrah buat semua penganut agama islam. Jadi,bagi umat islam ini adalah tahun baru bagi kami dimana bukua amalan kiri dan kanan ditukar kepada yang baru.Inilah masanya untuk membuka helaian baru bagi kami,umat islam...

Jadi,apa azam saya???

Saya berharap saya dapat memperbaiki diri kearah yang lebih baik daripada tahun sebelumnya.Saya juga berharap agar saya dapat menjadi anak yang soleh dan sentiasa menggembirakan ibuayah saya walaudimana jua mereka berada.Saya juga berazam untuk menjadi seorang kakak yang lebih bertanggungjawab dan menjadi lebih penyayang kepada adik2 saya.Dan akhir sekali,saya berharap saya dapat belajar dengan semangat untuk mendapat ilmu dan bukanya hanya untuk mendapat result yang terbaik.

Dannn....apa azam anda??

"HARI INI LEBIH BAIK DARIPADA SEMALAM"
"HIJRAH ITU KERANA ALLAH INNSYAALLAH ALLAH REDHA"

Sunday, 11 October 2015

HARI INTERAKSI KELAB

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM W.B.T


Jadi,,harini saya dapat mengisi masa saya dengan menyertai interaksi kelab IQRA' KOLEJ UNGKU OMAR.TETAPI!malangnya saya tidak dapat menyertai sepenuhnya hari interaksi ini. Pada checkpoint pertama saya minum air denda(air garam) yang dipilih oleh kami secara rawak dengan rakusnya semata untuk menghabiskan air tu.sekali saya tak dapat tahan dan muntah..Alahaiii...ruginyaa.. salah saya juga sebab tamak sangat..hahaha... Hari interaksi ini tetap seronok walaupun saya dapat sertai hanya sementara iaitu tak sampai dua jam pada pagi tadi.Sekurang2nya saya dapat kenal kawan2 baru.Terima kasih juga kepada akak dn abang yang laksanakan program ini.

Kemudian apabila tghri hidung dan tekak saya dah ok,jadi,pada jam 2 petang dilaksanakn aktiviti seterusnya iaitu rewang.Memasak beramai2.Dalam ramai2 orang tu alhamdulillah saya dapat jugalah membantu serba sedikit.

Walaupun saya tidak dapat sertai aktiviti ini sepenuhnya,saya dapat belajar erti persahabatn dan kerjasama.Terima kasih buat ahli kumpulan saya kerana kesemua mereka sangat peramah dan memberikan kerjasama.

#sehatisejiwa


KELUARGA ITU UNIVERSAL

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Gambar sekadar hiasan
Sebenarnya,,minggu ni banyak kejadian berlaku,cuma nak cerita tak sempat..jadi,pada petang disaat menanti masuknya waktu maghrib ni,saya nk cerita pasal semalam. Semalam saya dapat juga keluar untuk cari barang untuk dihadiahkan kepada ibu sebab tak lama lagi bufday ibu.hehe..Lepas tu,dengan ditemani rakan sebilik saya, dapatlah berjumpa dengan sepupu saya yang bakal berangkat ke south afrika untuk menyambung pelajaranya disana tak lama lagi.Seawal usia 18 tahun itu tak lama lagi akan terbang kesana,memang den tabikk la..

walaupapepun,untuk sepupuku, semoga berjaya disana walaupun penerbangan ditangguhkan atas sebab2 tertentu.Walaupun selama 7 tahun kau akan kesana kita tetap sepupu..heh..


"masa itu terhad,guna sebaiknya,terutama bersama keluarga"


Friday, 2 October 2015

ULANGTAHUN SEBULAN DI UKM=)


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Akhirnyaa.....~~ hampir sebulan sudah melalui kehidupan di UKM.Di sini,saya cuba untuk belajar berjimat la kan terutamanya,,baru2 ni ukm ada ekspo di pusanika dimana bagi saya nilah tempat shopping bagi student ukm bangi.Dengan rambang matanya saya dapat tengok je..kecuali saya dapatla juga membeli kismis dan coklat.

Dalam hampir sebulan ni jugalah saya tergugat dengan wifi di bilik,dimana tiada sekatan.Jadi,saya sendiri juga kena beringat dan menahan diri untuk menonton cerita kegemaran saya.

Saya juga risau dengan assignment dan aktiviti yang berjalan didalam UKM ni.Program di UKM ni sangatlah menarik2 dan saya juga perlu menyiapkan assignment secepat mungkin.Tapi,yang penting hidup di U ni kena pandai seimbangkan masa.Terima kasih kepada ibuayah saya kerana memberikan saya sokongan selama hampir sebulan di sini.


"ALLAH TIDAK MENCIPTAKAN KAMU UNTUK GAGAL"
"IBUBAPA ADALAH KUNCI SEMANGAT KITA"