Saturday, 24 October 2015

SELAMAT HARI LAHIR MAK DAN IBU

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM W.B.T



Semalam bersamaan 24 oktober 2015 iaitu hari lahir mak saya,Ibu saya pula 21 oktober 2015..haaaaaa,,,terkejut tak???Ya,,saya ada ibu kandung dan mak angkat,bukan mak tiri ya..hehe...Ibu kandung saya alhamdulillah sekarang berumur 47 tahun dan mak saya pula sudah berumur 63 tahun.ha,,,itulah mak saya dah tua,tetapi masih bertenaga sebab dia masih menjaga budak pada usia itu.

Kisahnya bermula apabila ibubapa saya mencari orang untuk menjaga saya masa saya kecil sebab ibuayah saya bekerja.Jadi,atas pertolongan sepupu ayah saya,jumpalah saya dengan mak dan abah saya.Mak dan abah saya ad 4 orang anak iaitu 2 lelaki dan 2 perempuan.Sedihnya,abah saya meninggal pada usia saya lebih kurang 2 tahun.Saya serasi dengan keluarga ini apabila pertama kali abah saya mendukung saya.Terima kasih kat abah dan mak sebab selalu bawak jalan2 dan sayangkan saya

Mak pula sudah hampir menjaga saya selama 13 tahun sejak saya lahir,dan juga menjaga adik2 saya yang tiga orang ni juga sejak lahir.Jadi,saya yang paling lama meluangkan masa bersama mak,abang,angah,amy n adik.semasa saya berumur 14 tahun kami berpindah ke shah alam dan sejak itu,apabila cuti sahaja berjumpa Mak.


Terima Kasih Mak dah jaga along n adik2 sampai jadi sihat2 badan kami..haha..
itula yang orang cakap.."Sihat2 anak2 ko ni mah"..
Tak lupa jugak kat Ibu,Terima kasih ibu untuk segalanya=)


"HARGAI MEREKA SELAGI MEREKA ADA"

No comments:

Post a Comment