Sunday, 13 December 2015

PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER MENGHAMPIRI=I

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM W.B.T


Minggu ini adalah minggu ke 14,jadi,,, kami menuju ke "final exam"..
Minggu depan pula minggu ulangkaji..maka,,hampir berakhirnya semester 1..
Cepatnya masa,,,rasa cepat sangat nak masuk sem 2,tahun depan pula masuk tahun 2..

Dengan itu,,bersedialah wahai hamba Allah yang seorang ini,,juga ditujukan kepada warga universiti yang lain..
Sepanjang satu sem ini,,yang paling saya sedih ialah,,terlalu banyak program yang dijalankan di ukm ini,,sangat banyakkk,,tetapi,,sayang sebab saya tidak dapat sertai diatas faktor masa dan lain2..Semoga masuk sem 2 saya dapat sertai banyak program lah,,terutamanya yang melibatkan penglibatan ke kem atau diluar ukm..baru seronok dapat meneroka dunia luar apabila berada di universiti.

Oleh itu,,Kepada sahabat2 yang berada diluar sana yang akan menghadapi peperiksaan tak lama lagi,,semoga berjaya..asal korang semua tahu,,lagi dua minggu mahupun 2 hari lagipun tetap sempat untuk belajar,,sebab kalau niat kita untuk mendapatkan ilmu kerana Allah,memang tak mustahil..ok=)

"JANGAN MALAS UNTUK BERUSAHA,LEBIH BAIK MALAS UNTUK BUANG MASA"



KAMPUNGKU SYURGAKU=)

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM W.B.T


Haaaa,,banyak pula nak bercerita hari ni..
Tadii,,kita cerita pasal atuk saya aka atuk jabar,aekarang nak cerita pasal kampung pula..

Kampung atuk di kampar,Perak,,di sebuah kampung yang sangat indah dan nyaman terutama di waktu pagi.walaupun rumah atuk separuh rumah batu dan separuh rumah papan.tetapi,,suasana tetap sama.Saya bersyukur sebab masih dapat menikmati suasana kampung,sebab kebanyakan sahabat2 saya kebanyakanya ada yang tak pulang ke kampung kerana atuk dan nenek mereka kedua2nya sudah meninggal.
BUDAK DEBAB

Jadi,saya nak kongsikanlah apa perasaan saya yang dapat merasai suasana kampung ni.
Apabila kami pulang ke kampung,kami adik beradik suka bermain di laman hadapan rumah atuk sebab luas dan kami akan sapu daun2 kering kat depan rumah atuk.Adik saya yang kecil paling semangat bila ayah kata ayah nak bakar daun kering,tak tahu kenapa tapi,seronok bila adik2 suka kan..haha..Belum lagi kalau semua sepupu2 juga pulang ke kampung,lagi meriah la gamaknya..

Selain tu,bila tiba musim buah,rumah atuk akan penuh dengan buah rambutan yang berada di hadapan rumah.di belakang rumah dan ditepi rumah.Kiranya sekeliling rumah ada pokok rambutan.Tambah pula dengan buah pulasan,betik dan pisang..memang umphh la..hehe..

"PENGALAMAN MEMATANGKAN KITA"
"KETENANGAN DI KAMPUNG TIDAK DAPAT DITANDINGI"

ATUK JABAR=D

BISMILLAHIRRAHAMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM W.B.T



Minggu lepas,alhamdulillah dapat juga balik ke kampung atuk.Dah lama tak jumpa atuk. Atuk tinggal sorang je kat kampung seteleh nenek meninggal 3 tahun yang lepas. Mesti pelik kan??kenapa anak2 tak ajak ayahnya tinggal sekali,walhal anaknya sangat ramai iaitu 9 orang termasuk ayah saya. Sebenarnya,semua anak2nya dah pujuk banyak2 kali suh atuk tinggal sama,tapi,,itu memang pilihan atuk.Atuk kata,,"aku sayang nak tinggal rumah ni,banyak kenangan". katanya dengan loghat perak.


atuk Jabar
Umur atuk hampir 90 tahun,tapi,tubuh badan masih sihat alhamdulillah,kiranya,masih boleh berjalan lagi.Walaupun tua dia tetap berjiwa besar.Memandangkan dia adalah bekas polis bantuan pada zaman kegemilanganya,atuk sangat banyak pengalaman sebab atuk dah lalui 3 zaman pada waktu malaya dikuasai penjajah.

Atuk pesan,belajar elok2,sebab waktu pakngah nak belajar dulu dan pada waktu itu,pakngah masuk UKM. Atuk susah nak hantar dari perak ke bangi. Tiada kenderaan katanya,naik motor je.Dulu atuk takde duit,jadi,saudara mara sekitar kampung pun membantu apa yang patut.Jadi,,tiada alasan untuk belajar ye..



Paling sedih , waktu nak pulang ke rumah semalam..Setiap kali atuk menghantar kami pulang,pasti matanya merah sambil bercerita menanti anak2nya yang lain datang menjenguk pula.Atuk memang seronok kalu anak cucu pulang ke kampung,walaupun kadang2 dia senyap je,tetapi,matanya sentiasa memerhati..maklumlaa..atuk dah banyak makan garam..hehe.. 



"HANYA KAMU ATUK KAMI"
"ATUK TAK KUAT BADAN,TAPI ATUK KUAT MIKIR"

Sunday, 6 December 2015

BBW

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM W.B.T


Alhamdulillah,,semalam dapat keluar ke The mines dan MIECC..dapatla juga akhirnya pergi ke pesta buku iaitu 'Big Bad Wolf'...Dah lama peghatii jee tour seluruh malaysia selama setahun..dan dapat juga pergi ke sana..

Kat sana dapatla juga saya beli buku jenis kegemaran saya iaitu genre motivasi..hehe..
maklumla..bila kita tak jumpa orang untuk disiplinkan kita,maka,buku la jawapanya,dan semuanya bermula dengan kita sendiri..

Alhamdulillah juga sebab pergi dengan kawan,kalau tak,memang tak nak saya tinggalkan tempat tu memandangkan 24 jam dan tambah lagi dengan harga buku inggeris serendah RM 8..huhu..mau meroyan saya..hahaha..

Yang penting,,sepanjang belajar di UKM ni dapat juga kenal dengan kawan baru yang temankan saya ke 'The Mines'..sambil tu dapat meneliti orang sekeliling ketika menaiki KTM..Seterusnya,,yang paling penting sekali,,saya dapat meneroka benda2 baru..=)
walaupun penat sampai sakit kepala sampai badan masuk angin,,saya tetap puas hati..


"MEMBACA JAMBATAN ILMU"

Saturday, 5 December 2015

KOMITMEN

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM W.B.T





Disebabkan dah nak habis sem 1, maka,, banyakla 'assignment' yang berlambak.. terutamanya kerja berkumpulan dalam subjek2 citra. Hidup ni kadang2 susah kalau kerja dengan orang ni..seorang semua nak sempurna,yang seorang lagi nak semuanya selesai kalau boleh dalam satu hari,,tapi,,semua tu mustahil kalau tiada komitmen atau kerjasama daripada semua asli kumpulan..

TAPI..dalam kerja berkumpulan ni jugalah kita boleh belajar macam2, terutamanya memahami sesama kumpulan..tak susah nak cakap,tapi,susah nak buat..kan..Dalam kerja berkumpulan ni juga kita boleh melatih sikap prihatin terhadap sesama ahli kumpulan..

Jadi,,saya tak maksudkan kerja kumpulan ni sangatla tak seronok,,yang paling penting hanyalah KERJASAMA dan KOMITMEN daripada semua ahli kumpulan.Ahli kumpulan juga haruslah menerima dengan seadanya siapa ketua kita dan memberikan cadangan dan pendapat secara terbuka supaya sesama ahli dapat fikir bersama2 jalan penyelesaian..

"BUANG YANG KERUH AMBIL YANG JERNIH"
"TUMPAH NILA SETITIK,ROSAK SUSU SEBELANGA"