Tuesday, 29 September 2015

ADIK2KU

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Ya betul tu,,saya sangat, sangat, sangat dan sangat rindukan adik-adik saya. Memandangkan saya anak sulong daripada 4 orang adik beradik,Saya juga adalah seorang kakak yang suka merantau,duduk asrama dan tak reti duduk diam..hee,,adik2 saya yang paling lama duduk asrama pun 1 tahun saja.

Adik saya yang bongsu,hanya seorang sahaja lelaki jadi,dia jugalah antara adik yang saya rindu sebab kami tak 'ngam'.Memang tak boleh dekat.Kalau dekat pun HIroshima dan Nagasaki pun boleh meletup 10 kali.
Saya harap,ketiadaan saya dirumah adik saya yang dua orang yang besar ni,dapat jaga diri sambil bersedia untuk peperiksaan SPM dan PT3.
Pesanan buat adik2ku:
Walaupun along dari luaran sangat garang,mengada2,mengedik dan sangat manja dengan korang,apa yang along nak,korang dapat ketawa dan gembira walaupun disaat susah dan disaat kena marah dengan ibuayh.Along sentiasa ada dengan korang:')

"AIR DICINCANG TAKKAN PUTUS"

#KAKYONG
#KUKUYUN                                                           
#IRA
#FAHMI                                



Saturday, 26 September 2015

PENGALAMAN BEKERJA


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Disebabkan minggu ni minggu balik,ttetiba teringat masa bekerja kat sini.Kedai buku Marwilis.Asalnya memang bercita2 nak buat part-time kat sini sejak sebelum masuk matrik lagi.Masa lepas SPM dulu ibuayah tak bagi kerja atas sebab2 tertentu.Ok,Saya kerja di sini selama 2 bulan 20 hari.Kalau diikutkan memang nak kerja cukup2 3 bulan,tapi, disebabkan banyak dokumen yang nak disediakan untuk masuk U kenalah berhenti jugak.

Masa saya kerja disini,macam2 ragam pelanggan yang saya jumpa, dan alhamdulillah semua staf2 disini semua baik2,lawak lagi kelakar..hee..Kebanyakan pelanggan yang datang saya perhatikan,apabila mereka tanya tentang sesuatu buku tu,mereka nak juga kata ada,padahal kita dah cakap yang buku itu tiada sebanyak 3 kali.Ditengah2 kesibukan dikaunter itulah dia hendak bertanya sedangkan ramai orang lagi sedang tunggu nak membayar.Saya juga kurang setuju dengan kenyataan dimana "pelangaan selalunya adalah betul"Bagi saya ia bergantung kepada situasi.

Kepada pelanggan diluar sana,termasuklah diri saya,jangan terlalu sombong dengan pekerja dimana2 kedai sekalipun.Hormatilah pekerja tersebut sebagaimana pekerja itu menghormati kamu.Dan juga jangan terlalu mementingkan diri sendiri kerana anda bukan seorang sahaja pelanggan disitu.

Terima kasih juga kepada kakak2 dan abang2 marwilis yang telah mengajar saya dan melayan kerenah saya serta belanja saya makan di Marwilis.


"KERANA MULUT BADAN BINASA"



Wednesday, 23 September 2015

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM W.B.T


Alhamdulillah,esok cuti sampailah ke hari ahad sempena Hari Raya Aidiladha. Alhamdulillah juga sebab selamat sampai ke rumah setelah hampir 2 jam perjalanan menaiki KTM dan sejam pula dengan bas.Perjalanan yang sangat memenatkan sebab bawa beg galas terlalu berat dan sepanjang perjalann hanya berdiri kecuali di dalam bas.

Sekarang,saya menanti azan isya' sambil mendengar takbir raya aidiladha.Betapa sayunya hati ni sebab saya ingat raya haji tahun ni dapatla balik kampung.iaitu di negeri sembilan atau perak.Tapi,atas sebab2 tertentu tak dapat balik kampung,Jadi,Inn Syaa Allah beraya di Shah Alam saja.

Buat umat islam yang menunaikan ibadah haji pula di Mekkah,semoga dikurniakan Haji yang mabrur.Oleh itu,buat semua umat islam di luar sana selamat menunaikan ibadah korban pada hari esok.Makan daging banyak2 naaaa....=D

"SEMOGA HARI ESOK LEBIH BAIK DARIPADA HARI INI"
"SEMALAM ADALAH SEJARAH,ESOK ADALAH MASA DEPAN"
"HARI ESOK ADALAH PELUANG MEMBINA HIDUP BARU"

Saturday, 19 September 2015

IMPIAN

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Hari ini saya ingin menceritakan tentang,impian saya.Saya yakin,masing2 ada goal sendiri dalam hidup ni.Masa saya kecil,saya hanya mahu menjadi seorang guru atau doktor.Ya,memang common.Kawan2 saya pun macam tu jaga.Then,yang lawaknya,saya fikir,kalau semua nak jadi doktor,siapa nak jadi pesakit??Maklumla fikiran kanak2 masa tu.Bila saya meningkat remaja iaitu semasa saya di tingkatan 4,akhirnya saya tahu apa yang saya patut jadi bila dewasa nanti.Saya mahu melibatkan diri dalam pengurusan kewangan dan bisnes.So,here I am studying Businesses administrative.Yang lain saya serahkan pada Allah. "Allah adalah sebaik2 perancang".

Itu adalah impian dan cita2 saya.Saya juga ada impian sampingan,seperti saya ingin menjadi seorang pengembara.Saya terfikir untuk mengembara di seluruh pelusuk dunia hanya untuk mencari pemandangan yang cantik,mencari perpustakaan dan belajar tentang negara islam dan culture negara luar.Jadi,itu hanya impian sahaja.Kita tak boleh mengharap untuk tunggu ianya datang,tapi, kenalah berusaha untuk mendapatkan apa yang kita impikan.

"Kita semua adalah pengembara dalam perjalanan hidup kita"
"Jangan berangan tanpa usaha"

MONYET

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Ha,,ini adalah topik paling hangat dalam hidup saya dari saya sekolah menengah sampailah sekarang.Masa saya di zaman sekolah menengah hanya dapat masalah yang minor je,macam makanan kena curi,tilam dipijak2 dan koridor bersepah dengan sampah. Memang minor,tapi,masa tu nampak dari jauh pun dah takut.Ada sekali tu,kami dekat kolah dan banyak sangat monyet sampai kami tak boleh keluar dari bilik air kolah.hurm..kena la sabar dan kuatkan jiwa dan kaki untuk berlari.

Masa zaman di matrik pula adalah yang paling epik yang pernah saya lalui. Saya fikir monyet2 disini sangat bijak dan liar.Pada beberapa bulan yang lepas,mereka mengganas sebab kawasan 'rumah' mereka telah ditebang,jadi kawasan tempat tinggal monyet itu tidaklah seluas padang pun.Jadi,dengan cuaca yang panas tu,monyet2 tu pun datang mencari makanan dan air terutamanya.Disebabkan saya tinggal di tingkat atas sekali,jadi,silingnya adalah siling papan.Dengan itu,monyet tu pun berlari2 berkejaran sambil melompat di atas siling sehingga menyebabkan siling di beberapa bilik diaras kami pecah.Kami pun terperangkap diaras tersebut dengan dikelilingi monyet,dan setelah beberapa jam kejadian tersebut,akhirnya selesai setelah menunggu monyet pulang sendiri.

Pada masa kini pula,di universiti,saya tak sangka monyet disini,boleh dikatakan jinak sedikit,tapi,tak bolehla dibelai seperti kucing..haha..Monyet disini takkan serang kita kalau kita tak serang dia.Saya yakin,niat haiwan ini hanya untuk mencari makan.Jadi,kawan2 janganlah serang atau ganggu makhluk Allah ni yang tidak faham apa2.

Lagipun,kita yang mula2 masuk kawasan dia bukan dia yang mula2 masuk kawasan kita.kan??

BE YOURSELF

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Hari ini saya nak bercerita dan memberi pendapat tentang diri kita.Tadi saya baru menonton sebuah filem pendek yang tersebar di facebook yang berasal daripada Thailand yang bertajuk "LALIN".Kisah ini dikatakan sebagai teguran buat generasi moden ni yang taksub dengan teknologi.Jadi,Lalin ni seorang yang tidak cantik pada pandanganya kerana selalu decemuh oleh kawan2 dia.Dengan itu,Lalin pun berhasrat untuk berpindah ke Jepun untuk memulakan hidup baru disamping menyambung pelajaranya disana.Lalin memulakan hidupnya yang baru,tetapi Lalin sangat taksub dengan applikasi mengedit gambarnya dan mengupload gambarnya di laman sosial,sehinggakan ramai yang tertipu dengan perbuatanya itu.

Oleh yang demikian,apa yang saya cuba sampaikan adalah,kita hidup bukan seorang.Kadang2 ada yang dianugerahkan dengan pelbagai kelebihan,seperti cantik,kacak,pandai dan kemahiran komunikasi.Masing2 ada kelebihan tersendiri tapi,apa yang kita boleh buat adalah jadi diri sendiri.Kita tahu siapa diri kita takde siapa yang boleh judge kita.Walaupun kita dikritik oleh kawan kita,kita abaikan saja melainkan perkara yang dikritik itu dapat memperbaiki diri kita kepada yang lebih baik."Bersyukurlah dengan apa yang kita ada hari ini,kerana hari esok mungkin tiada".

Jadi,mulakanla hidup baru dengan MENJADI DIRI SENDIRI.=)
Mantapkan diri dengan sentiasa berfikiran positif.
"Don't let your negative thought haunt you because it's just let you drown in your own life"
                                                                                                              -anonymous-

PENGALAMAN


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM W.B.T
"APABILA GAMBAR BERBICARA"
"PENGALAMAN ADALAH GURU KITA"
"HIDUP INI SEKALI,GUNAKAN SEBAIKNYA"

KMM
Dua gambar kat atas ni adalah antara pengalaman yang saya telah lalui iaitu di KOLEJ MATRIKULASI MELAKA dan UKM.Kedua-duanya ada yang indah,manis,pahit dan sebagainyalah.Kedua2 gambar ini adalah berlatarkan pemandangan awan sebab saya rasa melihat awan adalah salah satu cara saya untuk menghilangkan stress dan yang paling utama adalah kerana saya rasa  bermotivasi.Niat saya bukanlah untuk memberitahu satu dunia bahawa saya suka tengok awan.Tapi,untuk berkongsi apa saya fikirkan.Masing-masing ada pendapat sendiri,kan?

GAMBAR KMM:
Gambar ini telah dirakam oleh sahabat saya yang sangat memahami akan minat saya disamping ingin mencairkan mood saya.Saya juga suka sangat melihat bermacam2 bentuk awan bermulanya saya menjadi pelajar di KMM.Ini kerana,bilik saya berada di tingkat 4, jadi saya berpeluang melihat pemandangan yang indah di belakang bangunan blok asrama saya.Kenapa saya kata dengan melihat awan saya rasa bermotivasi??hurmmm...Cuba fikir dan andaikan angin tiada,awan kalau tak hujan dia akan jadi berat kan?jadi mesti awan tu penat membawa diri mengelilingi dunia setiap hari.Jadi,kita sebagai manusia ni tak boleh ke jadi kuat macam awan?tak kiralah dari luaran atau dalaman.Selain itu,kalau angin ada pulak macam mana?Angin akan selalu membawa awan kemana sahaja mengikut arah angin.Jadi,saya pun fikir,hidup kita ni tak bolehlah bergantung sepenuhnya kepada kawan kita,terutama sekali tidak bergantung sepenuhnya kepada ibu dan ayah kita.

GAMBAR UKM:
UKM
Gambar di UKM ini pula ditangkap oleh saya pada "Minggu Mesra Mahasiswa".Saya ambil gambar ini pada masa sebelum program senamrobik bermula.Pada minggu ini semua program yang dijalankan seronok dan sangat bersemangat walaupun penat.Saya hanya dapat lihat awan sekali-sekala sahaja disebabkan sibuk dengan orientasi.Apa yang saya nak relatekan dengan kehidupan ialah kita terlalu sibuk memandang ke bawah(orang lain)  sampai tak sempat untuk memandang ke atas(diri kita).Maksudnya disini,sekarang ni ramai orang yang suka memandang rendah terhadap orang lain sampaikan diri sendiri kita tak nampak sedangkan kita ni ada baik dan buruknya.

Jadi,itulah antara beberapa pengalaman dan situasi yang terkadang secara tidak langsung telah mengajar saya serba sedikit tentang kehidupan.