BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM W.B.T
Disebabkan minggu ni minggu balik,ttetiba teringat masa bekerja kat sini.Kedai buku Marwilis.Asalnya memang bercita2 nak buat part-time kat sini sejak sebelum masuk matrik lagi.Masa lepas SPM dulu ibuayah tak bagi kerja atas sebab2 tertentu.Ok,Saya kerja di sini selama 2 bulan 20 hari.Kalau diikutkan memang nak kerja cukup2 3 bulan,tapi, disebabkan banyak dokumen yang nak disediakan untuk masuk U kenalah berhenti jugak.
Masa saya kerja disini,macam2 ragam pelanggan yang saya jumpa, dan alhamdulillah semua staf2 disini semua baik2,lawak lagi kelakar..hee..Kebanyakan pelanggan yang datang saya perhatikan,apabila mereka tanya tentang sesuatu buku tu,mereka nak juga kata ada,padahal kita dah cakap yang buku itu tiada sebanyak 3 kali.Ditengah2 kesibukan dikaunter itulah dia hendak bertanya sedangkan ramai orang lagi sedang tunggu nak membayar.Saya juga kurang setuju dengan kenyataan dimana "pelangaan selalunya adalah betul"Bagi saya ia bergantung kepada situasi.
Kepada pelanggan diluar sana,termasuklah diri saya,jangan terlalu sombong dengan pekerja dimana2 kedai sekalipun.Hormatilah pekerja tersebut sebagaimana pekerja itu menghormati kamu.Dan juga jangan terlalu mementingkan diri sendiri kerana anda bukan seorang sahaja pelanggan disitu.
Terima kasih juga kepada kakak2 dan abang2 marwilis yang telah mengajar saya dan melayan kerenah saya serta belanja saya makan di Marwilis.
"KERANA MULUT BADAN BINASA"


No comments:
Post a Comment