BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM W.B.T
Alhamdulillah,esok cuti sampailah ke hari ahad sempena Hari Raya Aidiladha. Alhamdulillah juga sebab selamat sampai ke rumah setelah hampir 2 jam perjalanan menaiki KTM dan sejam pula dengan bas.Perjalanan yang sangat memenatkan sebab bawa beg galas terlalu berat dan sepanjang perjalann hanya berdiri kecuali di dalam bas.
Sekarang,saya menanti azan isya' sambil mendengar takbir raya aidiladha.Betapa sayunya hati ni sebab saya ingat raya haji tahun ni dapatla balik kampung.iaitu di negeri sembilan atau perak.Tapi,atas sebab2 tertentu tak dapat balik kampung,Jadi,Inn Syaa Allah beraya di Shah Alam saja.
Buat umat islam yang menunaikan ibadah haji pula di Mekkah,semoga dikurniakan Haji yang mabrur.Oleh itu,buat semua umat islam di luar sana selamat menunaikan ibadah korban pada hari esok.Makan daging banyak2 naaaa....=D
"SEMOGA HARI ESOK LEBIH BAIK DARIPADA HARI INI"
"SEMALAM ADALAH SEJARAH,ESOK ADALAH MASA DEPAN"
"HARI ESOK ADALAH PELUANG MEMBINA HIDUP BARU"

No comments:
Post a Comment