Saturday, 19 September 2015

PENGALAMAN


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM W.B.T
"APABILA GAMBAR BERBICARA"
"PENGALAMAN ADALAH GURU KITA"
"HIDUP INI SEKALI,GUNAKAN SEBAIKNYA"

KMM
Dua gambar kat atas ni adalah antara pengalaman yang saya telah lalui iaitu di KOLEJ MATRIKULASI MELAKA dan UKM.Kedua-duanya ada yang indah,manis,pahit dan sebagainyalah.Kedua2 gambar ini adalah berlatarkan pemandangan awan sebab saya rasa melihat awan adalah salah satu cara saya untuk menghilangkan stress dan yang paling utama adalah kerana saya rasa  bermotivasi.Niat saya bukanlah untuk memberitahu satu dunia bahawa saya suka tengok awan.Tapi,untuk berkongsi apa saya fikirkan.Masing-masing ada pendapat sendiri,kan?

GAMBAR KMM:
Gambar ini telah dirakam oleh sahabat saya yang sangat memahami akan minat saya disamping ingin mencairkan mood saya.Saya juga suka sangat melihat bermacam2 bentuk awan bermulanya saya menjadi pelajar di KMM.Ini kerana,bilik saya berada di tingkat 4, jadi saya berpeluang melihat pemandangan yang indah di belakang bangunan blok asrama saya.Kenapa saya kata dengan melihat awan saya rasa bermotivasi??hurmmm...Cuba fikir dan andaikan angin tiada,awan kalau tak hujan dia akan jadi berat kan?jadi mesti awan tu penat membawa diri mengelilingi dunia setiap hari.Jadi,kita sebagai manusia ni tak boleh ke jadi kuat macam awan?tak kiralah dari luaran atau dalaman.Selain itu,kalau angin ada pulak macam mana?Angin akan selalu membawa awan kemana sahaja mengikut arah angin.Jadi,saya pun fikir,hidup kita ni tak bolehlah bergantung sepenuhnya kepada kawan kita,terutama sekali tidak bergantung sepenuhnya kepada ibu dan ayah kita.

GAMBAR UKM:
UKM
Gambar di UKM ini pula ditangkap oleh saya pada "Minggu Mesra Mahasiswa".Saya ambil gambar ini pada masa sebelum program senamrobik bermula.Pada minggu ini semua program yang dijalankan seronok dan sangat bersemangat walaupun penat.Saya hanya dapat lihat awan sekali-sekala sahaja disebabkan sibuk dengan orientasi.Apa yang saya nak relatekan dengan kehidupan ialah kita terlalu sibuk memandang ke bawah(orang lain)  sampai tak sempat untuk memandang ke atas(diri kita).Maksudnya disini,sekarang ni ramai orang yang suka memandang rendah terhadap orang lain sampaikan diri sendiri kita tak nampak sedangkan kita ni ada baik dan buruknya.

Jadi,itulah antara beberapa pengalaman dan situasi yang terkadang secara tidak langsung telah mengajar saya serba sedikit tentang kehidupan.



No comments:

Post a Comment